NADI Rantau Panjang - NADI Wellbeing – Senaman Ceria Untuk Kanak-kanak Obes I Gerak Sihat Tanpa Tekanan E083 04.04.2026
5 April 2026 | Aktiviti TerkiniPusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah mengadakan program NADI Wellbeing Senaman Ceria Untuk Kanak-Kanak Obes I Gerak Sihat Tanpa Tekanan E083 pada 04 April 2026, Sabtu jam 9:00 pagi – 9:30 pagi selama 30 minit senaman .Platform yang digunakan ialah Youtube.Senaman kali ini dibuat mengikut irama muzik ceria yang dimainkan lebih kepada gerakan macam bermain.Aktiviti ini dihadiri oleh dua orang peserta cilik iaitu Ariana Jabai anak Lyna Meriba dan Hackal anak Theresa.
Aktiviti ini mengajar komuniti untuk melakukan senaman ringan dari rumah sahaja.Kekerapan melakukan senaman ringan 3 kali seminggu selama setengah jam untuk mengurangkan dan mengekalkan tubuh badan yang sihat.
Semoga program ini terus mendapat sambutan daripada komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: